Tuesday 9 July 2013

Program Gotong-royong Ambang Ramadhan 2013


Satu gotong-royong ambang ramadhan ahli-ahi kariah masjid bersama anak-anak belia telah berjaya dilaksanakan pada 9 Julai 2013 bersamaan hari Selasa. Alhamdulillah lebih kurang seramai 30 orang anak-anak muda secara sukarela berjaya melaksanakan program tersebut. Program Gotong-Royong di anjurkan oleh pihak Masjid bagi mengeratkan silaturrahim di kalangan qariah dengan anak-anak muda Kg Batu 4 Sapintas  selari dengan sambutan Ramadhan yang bakal tiba. Program ini diadakan setahun sekali untuk dijadikan contoh kepada masyarakat supaya menjaga kebersihan berlandaskan konsep  "Kebersihan adalah separuh daripada iman".

No comments:

Post a Comment