Monday 8 July 2013

KERJA PEMASANGAN PENGHAWA DINGIN



Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT, pihak masjid telah menerima satu sumbangan daripada seorang hamba Allah sempena dengan kehadiran bulan Ramadhan yang kita nantikan ini. Ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang terlibat dalam memberi sumbangan penghawa dingin tersebut. Kami percaya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa baik anda semua. 

Allah s.w.t berfirman didalam surah al-imran ayat 115 yang bermaksud:
Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa.

Semoga dengan adanya kemudahan ini, kami mengharapkan semakin ramai jemaah yang hadir bagi mengimarahkan masjid kita khususnya di bulan Ramadhan ini.

1 comment:

  1. kepada dermawan yg baik hati mahupun sesiapa sahaja yang berhajat untuk mewakafkan penghawa dingin untuk masjid amat dialu-alukan

    ReplyDelete