Monday 18 January 2016

KEM SMART SOLAT 2016





Terima Kasih kepada rakan-rakan Dakwah Islamic Management Community Universiti Sains Islam Malaysia memilih lokasi Masjid Marzukiah Batu 4 Sapintas sebagai lokasi untuk Program Smart Solat 2016.Buat pertama kalinya Masjid Batu 4 menerima kunjungan program dari luar dan semestinya anak-anak kariah berbangga dengan kehadiran mereka ini..
Sedikit perkongsian ilmu untuk semua. Kepentingan solat dalam kehidupan seharian yang perlu di semai dari peringkat kanak-kanak lagi.
Terdapat banyak sekali kelebihan-kelebihan atau keistimewaan yang hanya ada pada solat dan tidak pada ibadah-ibadah lain. Lihat sahaja bagaimana Allah mewajibkan solat pada baginda Rasulullah. Tidak seperti ibadah lain, ia difardukan oleh Allah secara langsung kepada Rasulullah S.A.W di langit iaitu pada peristiwa Isra dan Mi’raj.
Melalui tajuk ini, saya cuba sebutkan 5 sebab utama yang menjelaskan kepentingan solat kepada manusia sehingga kita perlu melakukannya 5 kali sehari semalam dalam apa jua keadaan dan ketika.
Pertama: Solat Peluang Kita Berinteraksi Dengan Allah.
Kedua: Peluang Menggandakan Pahala Dan Penghapusan Dosa
Ketiga: Membentuk Mukmin Yang Kuat Dan Sihat
Keempat: Membentuk Kemantapan Rohani Dalam Diri
Kelima: Memberi Keupayaan Mental  Dan Kekuatan Dalaman Yang Tinggi

No comments:

Post a Comment