Monday 20 June 2016

RAMADHAN 1437H

Seperti tahun lepas...atas usaha dari anak tempatan Batu 4 Sapintas saudara Asek Ali yang kini berhijrah ke Kuala Lumpur telah berjaya membawa seorang Imam jemputan dari Palastine untuk bersama-sama dengan jemaah Masjid Batu 4 Sapintas. Sejujurnya suasana menjadi meriah apabila wakil dari MAPIM berkongsi pengalaman berada di negara yang kini dilanda dugaan ALLAH swt.

Pada kesempatan bulan Ramadhan ini amatlah sia-sia jika kita tidak berlumba-lumba mengumpulkan pahala sebanyak-banyaknya. Umur seseorang hanya Allah SWT yang mengetahuinya, selagi kita masih bertemu bulan Ramadhan bulan seribu bulan ini, sangat beruntung bagi umat muslim yang mau menjalankan sunah-sunah demi mengejar pahala. Terima Kasih kepada Saudara Asek Ali kerana sekali lagi berjaya menjadi pemangkin kepada perkongsian ilmu yang dinanti-nantikan oleh semua anak kariah Batu 4 Sapintas.  








No comments:

Post a Comment