Monday, 19 September 2016

WARISAN MASJID MARZUKIAH BATU 4 SAPINTAS



Kita perhatikan sebentar.........



Siapakah MUSTAFA 10 Oktober 1960......


TOKOH SENI KHAT ISLAM
 Syaikh Uthman Taha 
Beliau merupakan seorang tokoh yang telah banyak memberi khidmat dalam bidang al-Qur’an yang tidak kita sedari. Beliau adalah penulis mushaf Madinah yang bewarna hijau yang sering dibawa oleh jemaah haji atau orang yang ke Mekah.

Penglibatan Syaikh Uthman Taha dalam bidang penulisan mushaf sejak hampir 40 tahun iaitu bermula pada tahun 1970 untuk kementerian wakaf Syria. Pada tahun 1988 beliau datang ke Arab Saudi untuk menjadi penulis mushaf. Beliau dilantik sebagai penulis mushaf di Majma’ al-Malik Fahd Li Tiba’ah al-Mushaf (Kompleks Percetakan Mushaf Raja Fahd) di Madinah al-Munawwarah. Keistimewaan tulisan tangan Syaikh Uthman Taha ialah setiap halaman berakhir dengan penghujung ayat.

Berikut adalah beberapa contoh tulisan Syaikh Uthman Taha.





Hashim bin Muhammad bin Haji Dirbas al-Qaysi Al-Baghdadi

Abu Raqim atau Hashim bin Muhammad bin Haji Dirbas al-Qaysi Al-Baghdadi. Beliau dilahirkan pada tahun 1335H/1917M di Baghdad. Sejak kecil Hashim sangat tertarik pada seni khat, beliau mula belajar dari Maula ‘Arif al-Shaykhli juga dari Ali Sabir, akan tetapi hanya sebentar saja. Kemudian beliau mula berlatih seni khat di bawah pengawasan dan bimbingan Syeikh Maula ‘Ali al-Fadli, yang memberinya ijazah seni khat pada tahun 1363H/1943M.

Pada 1364H/1944M, Hashim pergi ke Mesir, beliau tinggal dan menyambung pengajian di sebuah Institut Seni Khat di Kaherah. Para pengajar sangat terkesan dengan karyanya yang kemudian membenarkan Hashim untuk terus mengikuti ujian akhir di kelas senior dan diberi penghormatan untuk berada di kelas pertama. Hashim mendapat ijazah kedua dari khattat ternama Mesir, Sayyid Ibrahim (1315H/1897M–1414H/1994M), dan Muhammad Husni pada tahun 1364H/1944M. Pengurusan institut memintanya untuk tinggal di Mesir dan mengajar, akan tetapi beliau memilih untuk kembali ke Baghdad dan membuka perusahaan seni khat serta menerbitkan sebuah buku gaya penulisan Seni Khat al-Riqa' pada 1365H/1946M.

Berikut antara tulisan beliau yang terdapat dalam bukunya "Qawa'idul Khattul 'Arabi":






Monday, 20 June 2016

;LAILATUL QADAR


RAMADHAN 1437H

Seperti tahun lepas...atas usaha dari anak tempatan Batu 4 Sapintas saudara Asek Ali yang kini berhijrah ke Kuala Lumpur telah berjaya membawa seorang Imam jemputan dari Palastine untuk bersama-sama dengan jemaah Masjid Batu 4 Sapintas. Sejujurnya suasana menjadi meriah apabila wakil dari MAPIM berkongsi pengalaman berada di negara yang kini dilanda dugaan ALLAH swt.

Pada kesempatan bulan Ramadhan ini amatlah sia-sia jika kita tidak berlumba-lumba mengumpulkan pahala sebanyak-banyaknya. Umur seseorang hanya Allah SWT yang mengetahuinya, selagi kita masih bertemu bulan Ramadhan bulan seribu bulan ini, sangat beruntung bagi umat muslim yang mau menjalankan sunah-sunah demi mengejar pahala. Terima Kasih kepada Saudara Asek Ali kerana sekali lagi berjaya menjadi pemangkin kepada perkongsian ilmu yang dinanti-nantikan oleh semua anak kariah Batu 4 Sapintas.  








Monday, 18 January 2016

KEM SMART SOLAT 2016





Terima Kasih kepada rakan-rakan Dakwah Islamic Management Community Universiti Sains Islam Malaysia memilih lokasi Masjid Marzukiah Batu 4 Sapintas sebagai lokasi untuk Program Smart Solat 2016.Buat pertama kalinya Masjid Batu 4 menerima kunjungan program dari luar dan semestinya anak-anak kariah berbangga dengan kehadiran mereka ini..
Sedikit perkongsian ilmu untuk semua. Kepentingan solat dalam kehidupan seharian yang perlu di semai dari peringkat kanak-kanak lagi.
Terdapat banyak sekali kelebihan-kelebihan atau keistimewaan yang hanya ada pada solat dan tidak pada ibadah-ibadah lain. Lihat sahaja bagaimana Allah mewajibkan solat pada baginda Rasulullah. Tidak seperti ibadah lain, ia difardukan oleh Allah secara langsung kepada Rasulullah S.A.W di langit iaitu pada peristiwa Isra dan Mi’raj.
Melalui tajuk ini, saya cuba sebutkan 5 sebab utama yang menjelaskan kepentingan solat kepada manusia sehingga kita perlu melakukannya 5 kali sehari semalam dalam apa jua keadaan dan ketika.
Pertama: Solat Peluang Kita Berinteraksi Dengan Allah.
Kedua: Peluang Menggandakan Pahala Dan Penghapusan Dosa
Ketiga: Membentuk Mukmin Yang Kuat Dan Sihat
Keempat: Membentuk Kemantapan Rohani Dalam Diri
Kelima: Memberi Keupayaan Mental  Dan Kekuatan Dalaman Yang Tinggi

Tuesday, 8 December 2015

HEBAHAN UNTUK SEMUA


Bersama anak jati Kg Batu 4 Sapintas di Kuliah Maghrib Masjid Kariah Batu 4 Sapintas.
Jemput hadir semua anak-anak kariah serta muslimin muslimat ke majlis ilmu tersebut.
Semoga apa yang dirancang mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT.

Sunday, 6 December 2015

FORUM PERDANA "PERANAN BELIA MASA KINI DALAM SUDUT ISLAM"

Assalamualaikum
Imbasan kembali program yang lalu, program Forum Perdana bersama Imam Muda Aran dan 
Ustaz Hafizzuddin dari Pejabat Agama Islam Sungai Besar.
Program yang penuh bermakna buat anak-anak muda menghadapi cabaran & dugaan kehidupan masa kini sejajar dengan syariat islam.






KELAS TAMBAHAN BAHASA INGGERIS MASJID MARZUKIAH BT 4 SAPINTAS


Assalamualaikum
Kelas tambahan Bahasa Inggeris akan bermula esok 7 Disember 2015 (Isnin).
 Kelas akan berjalan setiap hari Isnin dan Selasa jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Pendaftran masih terbuka untuk anak-anak tahun 3 hingga tahun 6...
Terima kasih Teacher Dina masih lagi berusaha sedaya upaya untuk meingkatkan lagi penguasaan
Bahasa Inggeris dikalangan anak-anak Batu 4 Sapintas dan kawasan-kawasan sekitar.

Hubungi Teacher Dina untuk maklumat lanjut :

Tel/Whatapp : 019-3064859 

Thursday, 13 August 2015

1933 - 2015....."saya rindu hendak ke masjid"


Assalamualaikum....
Masih teringat kata-kata bisikan seorang yang kami sanjungi yang banyak memberikan jasa kepada seluruh jemaah masjid satu ketika dahulu.Nama yang tidak asing lagi bagi seluruh jemaah masjid dan sehingga kini gelaran seorang imam masih bersama sehingga ke penghujung usia.Tugas yang dipikul satu masa dahulu sebagai seorang yang bertindak untuk menyampaikan,memperjuangkan dan memakmurkan syiar islam di seluruh halaman ini.Hebatnya pergaulan dan percaturan dalam mentadbir makmum tidak boleh ditandingi. Nama sebagai imam akan kekal hingga ke warisan anak cucu..Ya Allah sungguh hebat kuasa mu....Jika Allah SWT berkehendakkan insan yang dikasihi tidak perlu tunggu lebih lama.Dalam tempoh yang telah dijanjikan malaikat akan datang mencabut nyawa.Bagaimana pula dengan kita ????....Kami memohon kepada yang maha esa semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang dijanjikan syurga dan dikalangan orang-orang yang dimuliakan.....Al-Fatihah...Amin...

Wednesday, 1 July 2015

SELAMAT DATANG 16 RAMADHAN 1436H



Nanti malam Insya Allah adalah malam ke-16 Ramadhan dimana kita disunnahkan untuk membaca Qunut Witir hingga akhir Ramadhan. Berikut artikel mengenai Qunut Witir. Semoga bermanfaat.

QUNUT PADA PERTENGAHAN RAMADHAN SAMPAI AKHIR RAMADHAN


Disyari’atkan juga qunut pada pertengahan Ramadhan sampai akhir Ramadhan, berdasarkan riwayat Sahabat dan Tabi’in. Dari ‘Amr bin Hasan, bahwasanya ‘Umar radhiyallahu anhu menyuruh Ubay radiyallahu ‘anhu mengimami shalat (Tarawih) pada bulan Ramadhan, dan beliau menyuruh Ubay radhiyallahu ‘anhu untuk melakukan qunut pada pertengahan Ramadhan yang dimulai pada malam 16 Ramadhan. Ma’mar berkata: “Sesungguhnya aku melaksanakan qunut Witir sepanjang tahun, kecuali pada awal Ramadhan sampai dengan pertengahan (aku tidak qunut), demikian juga dilakukan oleh al-Hasan al-Bashri, ia menyebutkan dari Qatadah dan lain-lain.


Demikian juga dari Ibnu Sirin.


Syaikh al-Albani berkata: “Boleh juga do’a qunut sesudah ruku’ dan ditambah dengan (do’a) melaknat orang-orang kafir, lalu shalawat kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan mendo’akan kebaikan untuk kaum Musli-min pada pertengahan bulan Ramadhan, karena terdapat dalil dari para Shahabat radhiyallahu ‘anhum di zaman ‘Umar radhiyallahu ‘anhu. Terdapat keterangan di akhir hadits tentang Tarawihnya para Shahabat radhiyallahu ‘anhum, Abdurrahman bin ‘Abdul Qari berkata: ‘Mereka (para Shahabat) melaknat orang-orang kafir pada (shalat Witir) mulai pertengahan Ramadhan


“Artinya : Ya Allah, perangilah orang-orang kafir yang mencegah manusia dari jalan-Mu, yang mendustakan Rasul-Rasul-Mu dan tidak beriman kepada janji-Mu. (Ya Allah) perselisihkanlah, hancurkanlah persatuan mereka, timpakanlah rasa takut dalam hati mereka, timpakanlah kehinaan dan siksa-Mu atas mereka. (Ya Allah) Ilah Yang Haq.” Kemudian membaca shalawat kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, mendo’akan kebaikan bagi kaum Musli-min, kemudian memohon ampun bagi kaum Mukminin.


Setelah itu membaca:


Artinya : Ya Allah, hanya kepada-Mu kami beribadah, untuk-Mu kami melakukan shalat dan sujud, kepadamu kami berusaha dan bersegera, kami mengharapkan rahmat-Mu, kami takut siksaan-Mu. Sesungguhnya siksaan-Mu akan menimpa orang-orang yang memusuhi-Mu.”


Kemudian takbir, lalu melakukan sujud.


Atau setelah membaca : "Allahummah diniy fiiman hadayt"


Kemudian membaca:


"Artinya : “Ya Allah, kepada-Mu kami beribadah, untuk-Mu kami melakukan shalat dan sujud, kepada-Mu kami berusaha dan bersegera (melakukan ibadah). Kami mengharapkan rahmat-Mu, kami takut kepada siksaan-Mu. Sesungguh-nya siksaan-Mu akan menimpa pada orang-orang kafir. Ya Allah, kami minta pertolongan dan memohon ampun kepada-Mu, kami memuji kebaikan-Mu, kami tidak ingkar kepada-Mu, kami beriman kepada–Mu, kami tunduk kepada-Mu dan meninggalkan orang-orang yang kufur kepada-Mu.”

Wednesday, 24 June 2015

WARNA - WARNI KEINDAHAN TARAWIKH DI BULAN RAMADAN 1436H

 Imam jemputan dari Syiria mewarnai suasana solat tarawikh pada tahun ini. Terima kasih kepada saudara Assek Ali kerana sekali lagi beliau menjadi pencetus kemeriahan suasana Ramadan 1436H 
di Masjid Marzukiah Batu 4 Sapintas