Seperti tahun
lepas...atas usaha dari anak tempatan Batu 4 Sapintas saudara Asek Ali yang
kini berhijrah ke Kuala Lumpur telah berjaya membawa seorang Imam jemputan dari
Palastine untuk bersama-sama dengan jemaah Masjid Batu 4 Sapintas. Sejujurnya
suasana menjadi meriah apabila wakil dari MAPIM berkongsi pengalaman berada di
negara yang kini dilanda dugaan ALLAH swt.
Pada kesempatan bulan Ramadhan ini amatlah sia-sia jika kita tidak
berlumba-lumba mengumpulkan pahala sebanyak-banyaknya. Umur seseorang hanya
Allah SWT yang mengetahuinya, selagi kita masih bertemu bulan Ramadhan bulan
seribu bulan ini, sangat beruntung bagi umat muslim yang mau menjalankan
sunah-sunah demi mengejar pahala. Terima Kasih kepada Saudara Asek Ali kerana sekali lagi
berjaya menjadi pemangkin kepada perkongsian ilmu yang dinanti-nantikan oleh
semua anak kariah Batu 4 Sapintas.
No comments:
Post a Comment