Sedekah adalah amalan yang mulia. Sedekah dengan ikhlas akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita. Kerana setiap perbuatan baik akan dibalas dengan perkara yang baik juga. Allah akan melapangkan dada, membuatkan kita gembira, melegakan perasaan dan mensejahterkan seluruh hidup kita. Bersedekahlah kita walau sedikit dengan seikhlasnya. Kerana, dalam setiap rezeki dan harta yang kita miliki itu terdapat juga hak orang lain. Jadi, adalah lebih baik jika ia dikongsi dan dinikmati bersama. Beriman dengannya dan bersedekah seikhlasnya. Sedekah seikhlasnya mampu meringankan beban seseorang dan menjauhkan diri kita daripada panas api neraka.
Kami warga jawatankuasa Masjid Marzukiah mengucapkan jutaan terima kasih kepada hamba
Allah yang memberi sebarang sumbangan yang ikhlas kepada Masjid Marzukiah Batu 4 Sapintas ini.
Semoga Allah SWT membalas jasa baik Tuan/Puan semua.
No comments:
Post a Comment