Friday, 23 August 2013

JADIKAN PENGAJARAN DAN IKTIBAR UNTUK KITA SEMUA


Assalamualaikum. Kejadian berlaku di Masjid Marzukiah Batu 4 Sapintas. Mungkin ini boleh kita jadikan  iktibar untuk diri kita serta semua anak-anak kariah. Tergerak untuk admin untuk mencari bahan-bahan yang berkaitan didalam laman internet yang membicarakan soal mencuri ini. Mungkin bahan bacaan ini boleh kita berkongsi bersama-sama.

DEFINASI SARIQAH
Ulamak mendefinisikan sariqah sebagai “mengambil harta benda orang lain dengan secara sembunyi daripada barang yang tidak diberi amanah kepadanya atau mengambil harta benda orang lain yang cukup nisab oleh orang yang telah baligh dan berakal dengan cara senyap-senyap daripada simpanannya dengan tidak ada kesamaran. Dengan keterangan di atas dapatlah difahami bahawa rukun bagi kesalahan mencuri yang telah dipersetujui oleh ulamak feqah ialah :
1.            Kecurian itu dilakukan ke atas harta kepunyaan orang lain.
2.           Kejadian curi berlaku dengan senyap-senyap.
3.           Kecurian itu berlaku ke atas harta benda yang tidak diamanahkan kepada 
             pencuri itu.
4.          Dilakukan dengan adanya niat sengaja.

Apapun admin cukup bangga dan mengucapkan tahniah kepada anak-anak muda Kampung Batu 4 Sapintas yang peka dan prihatin dengan ketenteraman sekitar kampung kita ini. Maaf dari admin seandainya paparan ini menyinggung hati sesetengah pihak yang terlibat kerana sesungguhnya apa yang igin dikongsi adalah untuk kebaikan bersama untuk dunia dan akhirat.
Wallahuaklam

No comments:

Post a Comment