Tuesday, 9 October 2012

MESYUARAT AGUNG TAHUN 2012




Perbezaan pendapat manusia sama ada dalam perkara yang berkaitan dengan hal ehwal agama atau urusan dunia merupakan lumrah hidup dan tabie hidup manusia. Namun ia bukanlah alasan untuk kita sentiasa bertelagah sesama sendiri sehingga membelakangkan adab dan etika. Bahkan dalam syariat Islam itu sendiri telah menggariskan prinsip-prinsip serta adab sekiranya timbul perbezaan pandangan dalam sesuatu hal atau urusan.

Contohnya, syariat Islam itu menggalakkan umatnya bermusyawarah untuk menentukan sesuatu urusan, dan di dalam musyawarah itu akan lahir suasana untuk bermuzakarah, berdialog dan perbincangan yang sihat. Dan perbincangan itu pula mestilah berteraskan kepada akal yang waras, pemikiran yang bernas serta berdebatan yang dilakukan dengan sebaik-baiknya. Yang mana kesemuanya ini bertujuan untuk mencari kebenaran, kebaikan dan manfaat manusia seluruhnya.

No comments:

Post a Comment