1. Urutan tubuh – teknik ini bukan sahaja berkesan kepada orang dewasa, bayi juga turut merasa selesa dan nyaman apabila diurut dan ini dapat membantu bayi mudah tidur.
2. Dodoikan bayi dengan lembut – Sentuhan ibu bapa memainkan peranan penting untuk membuatkan bayi selesa. Lagu yang lembut, dan tidak terlalu kuat (lagu zikir contohnya) juga boleh membantu bayi lelap...
.
3. Balutan atau bedung – Teknik ini dapat membantu bayi berasa selamat ketika tidur dan mengelakkan daripada berlaku kejutan atau gangguan seperti tersentak tubuh atau tangan. Pastikan balutan tidak terlalu ketat dan tidak terlalu tebal. Kain lampin adalah contoh yang sesuai.

4. Tetapkan rutin tidur – Latih anak anda untuk tidur pada waktu yang ditetapkan, mengikut jadual. Ini membantu bayi tidur lena apabila tiba waktu malam jika waktu siang tidak banyak tidur.
5. Pengcahayaan persekitaran – Ini juga penting. Setiap kali saya buka lampu waktu malam untuk menukar lampin, pasti anak saya berkerut matanya kerana silau. Pastikan lampu bilik cukup gelap untuk memudahkan bayi tidur.
6. Elakkan ransang bayi – Mainan, bunyi televisyen atau radio boleh menyukarkan bayi untuk tidur. Pastikan keadaan sunyi dan cukup selesa untuk bayi tidur lena.
7. Pastikan tempat tidur selesa – Pastikan tempat tidur bayi selesa dan selamat daripada habuk, tiada serangga seperti semut atau nyamuk dan tidak lembap atau basah. Keadaan suhu pula tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Barulah selesa!

No comments:
Post a Comment