Ramai umat Islam di luar sana tidak mengetahui apa hukum bagi orang
yang bersugi pada waktu siang hari puasa. Ada
berbagai pendapat ulamak tentang masalah ini.Hukum bersugi ketika puasa adalah
harus dan ini berdasarkan kepada hadis dari Abu Hurairah ra yang bermaksud :
“Seandainya aku tidak memberatkan umatku,
nescaya aku perintahkan mereka bersiwak pada setiap kali wudhuk” (Riwayat
Imam Malik, Ahmad, Nasai)
Rumusan yang dapat diambil dari hadis di
atas ini ialah tiada penegahan bersugi atau bersiwak di waktu puasa Bulan
Ramadhan. Maka tidak haram bagi sesiapa yang ingin membersihkan gigi mereka
pada waktu berpuasa. Makruh bagi sesiapa yang bersugi untuk menghilangkan bau
mulut mereka yang berpuasa, ini berdasarkan kepada hadis yang bermaksud :
“Sesungguhnya bauan mulut orang yang
berpuasa itu pada hari kiamat adalah lebih baik di sisi Allah daripada bauan
haruman kasturi".
Orang yang bersugi ketika waktu zohor
(tengahari) ke atas, boleh membuatkan puasa mereka menjadi makruh kerana dapat
menghilangkan bau mulut dari hasil puasa mereka. Begitu juga orang yang berlebihan
dalam bersugi. Pendapat ini adalah dari ulamak Syafie.
No comments:
Post a Comment