Tahniah dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua pewakaf-pewakaf kali ini yang berusaha untuk menjadikan impian kami menjadi kenyataan. Cuma satu harapan kami semoga dengan adanya kemudahan penghawa dingin ini, masjid kita akan lebih meriah dan makmur dengan jemaah yang ramai tidak kira usia tua, muda atau kanak-kanak.
Di lembaran kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang diperolehi di laman-laman internet yang membicarakan tentang ibadah wakaf ini.
DEFINISI WAKAF :- Wakaf dari segi bahasa : tahan atau berhenti
- Wakaf dari segi istilah : menahan sesuatu benda atau harta yang suci dan halal bentuk zatnya supaya digunakan untuk tujuan kebaikan dan mendapat manfaat daripadanya.
- Wakaf ialah menahan harta tertentu yang boleh diambil manfaat daripada zatnya untuk digunakan
HUKUM WAKAF
Hukum wakaf adalah HARUS dalam syariat Islam dan ia adalah amalan yang digalakkan dengan berdasarkan nas al-Quran dan hadis.
DALIL AL-QURAN
Firman Allah S.W.T dalam surah ali-imran ayat 92:
Maksudnya: kamu tidak sekali-kali akan mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
HIKMAH WAKAF
- Membuka jalan ke arah ibadah kepada Allah s.w.t.
- Merealisasikan minat orang beriman yang suka memberi wakaf dan berlumba-lumba dalam amal kebajikan dan mengharapkan pahala.
- Memberi pahala yang berterusan kepada pewakaf selepas kematian selagimana harta wakaf tersebut berkekalan.
- Untuk kebaikan Islam, seperti membina masjid, surau, tanah perkuburan dan sebagainya.
- Membantu mengurangkan bebanan orang fakir dan miskin serta anak yatim.
No comments:
Post a Comment