Tazkirah malam ke sebelas Ramadhan
Salam...malam ini seperti biasa Admin berkesempatan untuk bersama-sama berjemaah menunaikan solat tarawih di Masjid Batu 4 Sapintas. Seperti biasa rutin tarawih di sini adalah berhenti rehat seketika sambil mendengar sedikit tazkirah yang akan disampaikan oleh imam yang bertugas.Memang tidak dapat dinafikan banyak kelebihan-kelebihan kita mendengar tazkirah. Jika kita lihat dari skop mencari ilmu, antara makhluk tuhan yang begitu sempurna adalah seorang manusia yang telah dikurniakan akal fikiran. Akal adalah sesuatu yang amat berharga bagi manusia dan tidak dikurniakan kepada haiwan mahupun benda hidup lain. Disebabkan kelebihan akal yang dikurniakan oleh Allah ini, manusia mampu untuk mencipta malah merekacipta pelbagai bentuk teknologi yang memberikan lebih banyak kemudahan dalam kehidupan.Sebagai seorang Islam, kita perlu meyakini menjaga dan memelihara akal serta menggunakan untuk mencari nikmat Allah adalah salah satu perkara wajib dan amat dituntut oleh agama. Antara kewajipan yang dituntut dalam memelihara akal ialah menuntut dan menguasai ilmu dengan menghadiri majlis-majlis ilmu seperti tazkirah di masjid.
Susulan daripada itu apa yang Admin ingin berkongsi pada malam ke 11 Ramadhan ini adalah Admin cukup tertarik dengan tazkirah yang disampaikan oleh imam yang bertugas pada malam ini iaitu Ustaz Hj Kamat Ehsan. Beliau mengambil kesempatan pada malam ini untuk menceritakan satu kisah sejarah penubuhan Masjid Batu 4 Sapintas. Walaupun admin merasakan tajuk tazkirah tidak bersesuaian dengan keadaan tetapi Admin sedar bahawa tujuan penyampaian beliau adalah untuk menarik minat para jemaah khususnya golongan muda mengenali asal usul pembinaan Masjid ini. Beliau menyentuh soal betapa pentingnya ukhuwah yang erat antara penduduk kampung sehinga terbinanya masjid ini. Admin merasakan masa selama 5 minit yang diperuntukkan adalah tidak cukup untuk kita mengenali dengan lebih lanjut tentang sejarah penubuhan masjid ini. Insyaallah admin akan cuba mencari gambar-gambar lama untuk kita berkongsi di halaman ini.
Salam ramadhan dari admin...Wallahua’lam
No comments:
Post a Comment