Wednesday 10 July 2013

Tazkirah Tarawih Ramadhan


Banyak pandangan serta dalil-dalil dibicarakan oleh ahli-ahli ulamak dan tokoh-tokoh agama tentang isu tazkirah semasa solat terawih. Saya tertarik dengan kisah yang saya perolehi di laman internet yang membicarakan tentang isu tazkirah semasa solat terawih berjemaah di bulan Ramadhan ini. 

Kisah yang dikongsi oleh  Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joofre sewaktu di Jeddah,beliau selalu bersolat tarawih di rumah seorang pendakwah tersohor, alim Rabbani, Alhabib Ahmad Masyhur Alhaddad rahimahullah. Solat dilaksanakan sebanyak 20 rakaat. Apa yang menariknya, selepas 10 rakaat, akan diedarkan dulang-dulang berisi cawan-cawan kopi untuk diminum oleh para jamaah. Sambil minum, ada bacaan qasidah atau tazkirah. Kiranya ada "coffee break" dululah. Selepas segar, solat disambung lagi 10 rakaat. Selepas witir pula ada bacaan kitab. Biasanya kitab hadis menjadi pilihan. Lebih kurang 40 minit-sejam selepas itu barulah jamaah pulang ke rumah masing-masing.

Apa yang boleh disimpulkan adalah solat tarawih adalah suatu sunnah. Tazkirah dan majlis ilmu pula kadang kala menjadi wajib kadang kala menjadi sunnah. Janganlah amalan tarawih menyebabkan kita terlepas peluang menimba ilmu atau mendapat peringatan, sedangkan Ramadhan adalah bulan yang menjanjikan kebaikan berganda.

No comments:

Post a Comment