Sunday 21 June 2015

PROGRAM RONDAAN WAKTU MALAM 2015

Tahniah kepada semua penduduk kampung yang terlibat dalam merancang satu program rondaan waktu malam berjadual bagi memastikan keselamatan penduduk kampung dijaga. Sedikit perkongsian ilmu untuk semua artikel yang membicarakan tentang Jiran Yang Sepakat Akan Membawa Berkat.

Jiran iaitu mereka yang tinggal berhampiran dengan kediaman kita. Dalam Islam, kawasan kejiranan meliputi mereka yang berada dalam jarak 40 buah rumah dari semua sudut rumah kita. Ini bermakna jiran bukanlah mereka yang tinggal bersebelahan rumah kita sahaja, tetapi ia meliputi seluruh kawasan kediaman kita sama ada di kawasan taman atau kampung atau rumah pangsa.

Sesiapa yang beriman dengan hari akhirat, maka janganlah ia menyakiti jirannya.Kejiranan merupakan suatu aspek yang penting yang perlu diberi perhatian oleh semua orang Islam. Ini kerana, sebagai seorang manusia, kita tidak hidup keseorangan, tetapi kita saling bergantung antara satu sama lain. Yang kaya memerlukan yang miskin, manakala yang miskin pun memerlukan kepada mereka yang kaya. 

Konsep kejiranan ini sangat ditekankan di dalam Islam kerana ia termasuk dalam salah satu dari tanda beriman kepada Allah. 

Rasulullah bersabda:
من كان يؤمن بالله واليوم الأخر فلا يؤذي جاره
Sesiapa yang beriman dengan hari akhirat, maka janganlah ia menyakiti jirannya.

Realiti masa kini, masyarakat sibuk mengejar kehidupan dan membina kerjaya masing-masing. Mereka sanggup menyertai pelbagai seminar, kursus dan motivasi walaupun berbayar, semata-mata untuk meningkatkan kemajuan diri dan seterusnya ingin mencapai kejayaan di dalam kehidupan. Namun, kursus untuk menjadi ahli masyarakat yang berjaya jarang sekali dibicarakan. Sekiranya dianjurkan pun tidak ramai yang berasa ianya penting untuk dihadiri. Sedangkan kejayaan menguruskan masyarakat membantu mengukuhkan dakwah Islam.

Sejak kebelakangan ini, banyak isu jenayah yang berlaku di dalam masyarakat. Di dalam Facebook komuniti Bandar Baru Bangi sebagai contoh, kita mendapati kejadian jenayah kerap kali berlaku seperti pecah rumah, kecurian dan rompakan. Ia menuntut peranan yang berkesan dari anggota masyarakat, selain dari pihak berkuasa bagi memastikan jenayah dapat dihapuskan. Semangat tegur menegur, tolarensi, kenal mengenal dan mengambil berat serta bertanggung jawab amat penting dipupuk untuk membina sebuah masyarakat yang harmoni.

 Kita tidak mahu jadi gotong royong hanya menjadi sejarah, kita juga tidak mahu masyarakat lebih suka berkawan dengan binatang lebih dari manusia, kita juga tidak mahu masyarakat yang hanya datang membantu bila ada upah dan juga kita tidak mahu masyarakat yang terlalu materialistik.

Apa yang kita mahu ialah masyarakat yang mempunyai keseimbangan antara tuntutan 



rohani dan jasmani, iaitu yang mencari laba kehidupan ini dalam misi bertemu dengan Allah. Dalam pada itu, hubungan baik dengan Allah tidak akan sempurna, sekiranya hubungan baik dengan masyarakat tidak sempurna. Rasulullah pernah ditanya tentang seorang yang komited dengan solat, puasa dan sedekah, tetapi suka menyakiti jirannya, 
Baginda menjawab, ia tergolong dari ahli neraka.Wallahuaklam.....



No comments:

Post a Comment