Sunday, 21 June 2015

CHECKLIST RAMADHAN....


PUASA ITU BUDAYA ATAU IBADAH



ALHAMDULILLAH KITA BERADA DI 4 RAMADHAN 1436H...MASIH KELIRU DENGAN KEADAAN MASYARAKAT KELILING DAN MASIH TERTANYA-TANYA DIMANA ISLAMNYA SESEORANG ITU DI BULAN RAMADAN INI.MERUJUK PADA RUKUN ISLAM DI ATAS KITA SEDANG BERADA DI PERKARA YANG KE-3 SETELAH MELALUI PERKARA 1 DAN 2...

TETAPI APABILA BERLAKU KEADAAN DIMANA MALU KEPADA MASYARAKAT LEBIH UTAMA DARIPADA MALU DIHADAPAN MAHA PENCIPTA ADA YANG TIDAK MEMANDANG LANGSUNG PERKARA YANG KEDUA.

BERIKUT ADALAH ARTIKEL YANG MEMBAHASKAN TENTANG PUASA ITU IBADAH ATAU PUN SATU BUDAYA..

Puasa ibadah, bukan adat

Oleh Mohd Shahrizal Nasir
rencana@hmetro.com.my

Setiap umat Islam perlu merebut peluang keemasan itu dengan memanfaatkan setiap detik dalam bulan Ramadan dengan perkara yang diredai-Nya. Sebuah hadis sahih menerangkan secara jelas ganjaran besar sentiasa menanti orang Islam yang benar-benar memanfaatkan bulan Ramadan dengan penuh keikhlasan.
Tiada ganjaran lebih besar selain Allah SWT mengampunkan dosa hamba-Nya yang tidak pernah lekang melakukan dosa.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan Ramadan dengan penuh keimanan dan penuh kesedaran (mengharap ganjaran Allah) nescaya akan diampuni baginya dosa-dosa yang lalu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Namun, dalam keghairahan merebut peluang keemasan sepanjang Ramadan, terdapat beberapa perkara yang terlepas daripada kawalan kita. Mungkin sesetengah pendapat melihat perkara itu remeh, hakikatnya ia mampu mencacatkan ibadah puasa, malah mungkin menyebabkan puasa kita tertolak.

Setiap Muslim perlu faham berpuasa itu ibadah yang diperintahkan Allah, ia bukan adat yang menjadi ikut-ikutan masyarakat atau budaya setempat. Justeru, pelaksanaan puasa perlu dilakukan dengan ilmu yang betul. Bagi memastikan ibadah mencapai tahap terbaik beberapa perkara perlu diambil perhatian antaranya bersahur pada waktunya. Amalan bersahur membezakan ibadah puasa umat Islam dengan puasa yang dilakukan orang lain. Mungkin ramai di kalangan kita mengambil jalan mudah dengan makan pada lewat malam dan meninggalkan sahur.

Perkara itu tidak tepat kerana bersahur itu sunat dilakukan pada akhir waktunya iaitu sebelum masuk waktu Subuh. Sesungguhnya terdapat keberkatan yang menunggu mereka yang bersahur. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada keberkatannya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kedua, menyegerakan berbuka puasa. Sekiranya yakin masuknya waktu Maghrib, maka kita mesti segera berbuka. Itu antara keindahan Islam yang menjanjikan seribu satu rahmat dan kebaikan terhadap umatnya yang melakukan ibadah dengan tepat menurut garis panduan yang ditetapkan. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepanjang mereka menyegerakan berbuka puasa.” (Hadis riwayat Bukhari) 

Ketiga, bersederhana ketika berbuka. Antara cabaran utama golongan yang berpuasa ialah mengawal nafsu makan ketika berbuka puasa. Pelbagai juadah akan dibeli atau disediakan sehingga akhirnya hanya sebahagian saja yang mampu dihabiskan.Manakala bakinya dibuang begitu saja. Jika keadaan itu tidak dikawal, maka sudah pasti ibadah puasa yang dilakukan hampir separuh hari itu tidak mampu mendidik jiwa dan mengawal hawa nafsu dengan sempurna. Jika dilihat daripada sunnah Rasulullah s.a.w, Baginda amat bersederhana ketika berbuka puasa. “Rasulullah berbuka puasa dengan kurma rutab sebelum solat dan sekiranya tiada rutab maka dengan tamar dan jika tiada, Baginda meminum beberapa teguk air.” (Hadis riwayat Abu Dawud, Ahmad dan al-Tirmidzi)

Keempat, menunaikan solat pada awal waktu secara berjemaah. Ibadah puasa adalah ibadah utama, namun solat lima waktu adalah lebih utama untuk ditunaikan dengan lebih sempurna.Kita seharusnya berlumba-lumba untuk menunaikan solat pada awal waktu dan dilakukan secara berjemaah. Rasulullah ketika ditanya sahabat berkaitan amalan yang terbaik, Baginda menjawab: “Solat pada awal waktunya.” (Hadis riwayat al-Tirmidzi dan Abu Dawud) Lebih malang, jika terdapat umat Islam yang berpuasa dalam bulan Ramadan tanpa menunaikan ibadah solat lima waktu.

Kelima, memperbanyakkan doa. Antara keadaan doa dimakbulkan Allah ialah apabila ia dilakukan oranyang sedang berpuasa. Itulah antara rahmat yang diperoleh umat Islam pada bulan Ramadan. Setiap permintaan dan hajat yang baik dan dipohon dengan ikhlas dan rendah diri, pasti dimakbulkan Allah. Ambillah peluang untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan, keamanan, keberkatan, keampunan buat seluruh umat Islam di segenap pelusok dunia. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbukanya, adalah waktu doa yang tidak akan tertolak.” (Hadis riwayat Ibn Majah) 

Keenam, sentiasa ingat kepada Allah dengan berzikir. Sebagai hamba Allah, kita tidak boleh alpa dengan keindahan dunia yang sebenarnya hanya sementara. Justeru, kita perlu rebut peluang suasana Ramadan supaya dapat menumpukan ingatan kepada Allah. Mengingati Allah adalah strategi paling berkesan bagi menghindari diri terjebak dengan maksiat yang disebabkan oleh lidah. Saidatina Aisyah berkata: “Sesungguhnya Rasulullah sentiasa berzikir kepada Allah setiap saat.” (Hadis riwayat Muslim). Dengan berzikir mengingati Allah juga, kita akan memperoleh ketenangan dalam melakukan ibadah puasa. 

Ketujuh, bertadarus al-Quran. Jika disingkap dalam sirah Rasulullah, tadarus al-Quran adalah sunnah Rasulullah. Baginda bertadarus dengan malaikat Jibril pada setiap Ramadan dan pada Ramadan terakhir sebelum kewafatan Baginda, mereka bertadarus sebanyak dua kali. Sebenarnya tadarus ialah apabila ia dilakukan dua pihak, iaitu satu pihak membaca, manakala pihak kedua pula mendengar sambil memperbetulkan kesilapan bacaan dan seterusnya secara bergilir-gilir. Itulah konsep tadarus yang sebenar. Bertadarus bukan untuk tujuan berlumba khatam al-Quran, tetapi memperbetulkan bacaan dan menghayati isinya. Ketujuh, meningkatkan prestasi kerja di bulan Ramadan. Pada bulan ini, kebanyakan tempat kerja khususnya dalam sektor kerajaan akan menamatkan waktu operasinya lebih awal. Pekerja seharusnya ­memanfaatkan waktu bekerja di bulan Ramadan dengan lebih sempurna. Apa yang pasti, ganjaran pahala yang bakal diterima mereka yang melakukan kerja dengan penuh amanah dan keikhlasan akan digandakan pada bulan Ramadan.

Kelapan, mengawal setiap kata-kata dan perbuatan. Perkara buruk seperti melemparkan kata-kata buruk dan kesat, mengumpat, menyebarkan fitnah adalah antara perkara yang amat mudah terdedah kepada kita.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak meninggalkan tutur kata dan perbuatan buruk (ketika berpuasa), maka tiadalah bagi Allah berhajat kepada penahanan makanan dan minuman (seseorang yang berpuasa itu).” (Hadis riwayat Bukhari)

Kesembilan, jujur dalam perniagaan dan jual beli. Sememangnya Ramadan juga membuka pintu rezeki seluas-luasnya kepada umat Islam. Di Malaysia, banyak bazar Ramadan diadakan bagi memudahkan umat Islam membuat persediaan berbuka puasa. Maka, peniaga wajib memahami etika perniagaan dalam Islam. Pembohongan dalam perniagaan adalah sesuatu yang haram dan balasan yang pedih menanti mereka. Mungkin terdapat peniaga yang menjual semula makanan yang tidak habis dijual kepada pembeli pada hari berikutnya. Itu antara penipuan yang jelas menyalahi garis panduan yang ditetapkan Islam.

Umat Islam perlu terus menimba ilmu berkaitan perkara yang perlu dibuat dan ditinggalkan semasa menjalani ibadah puasa. Meskipun sudah puluhan tahun menjalani ibadah sama, sebenarnya masih terdapat kekurangan.Tidak mungkin sama kualiti puasa ketika berusia 13 tahun dengan usia sekarang 30 tahun.Selagi kita berusaha mendalami ilmu berkaitan puasa, selagi itulah kualiti puasa kita akan terus meningkat sehingga mampu memperoleh darjah takwa seperti yang dijanjikan Allah.



AYUH BERKONGSI.....


PROGRAM RONDAAN WAKTU MALAM 2015

Tahniah kepada semua penduduk kampung yang terlibat dalam merancang satu program rondaan waktu malam berjadual bagi memastikan keselamatan penduduk kampung dijaga. Sedikit perkongsian ilmu untuk semua artikel yang membicarakan tentang Jiran Yang Sepakat Akan Membawa Berkat.

Jiran iaitu mereka yang tinggal berhampiran dengan kediaman kita. Dalam Islam, kawasan kejiranan meliputi mereka yang berada dalam jarak 40 buah rumah dari semua sudut rumah kita. Ini bermakna jiran bukanlah mereka yang tinggal bersebelahan rumah kita sahaja, tetapi ia meliputi seluruh kawasan kediaman kita sama ada di kawasan taman atau kampung atau rumah pangsa.

Sesiapa yang beriman dengan hari akhirat, maka janganlah ia menyakiti jirannya.Kejiranan merupakan suatu aspek yang penting yang perlu diberi perhatian oleh semua orang Islam. Ini kerana, sebagai seorang manusia, kita tidak hidup keseorangan, tetapi kita saling bergantung antara satu sama lain. Yang kaya memerlukan yang miskin, manakala yang miskin pun memerlukan kepada mereka yang kaya. 

Konsep kejiranan ini sangat ditekankan di dalam Islam kerana ia termasuk dalam salah satu dari tanda beriman kepada Allah. 

Rasulullah bersabda:
من كان يؤمن بالله واليوم الأخر فلا يؤذي جاره
Sesiapa yang beriman dengan hari akhirat, maka janganlah ia menyakiti jirannya.

Realiti masa kini, masyarakat sibuk mengejar kehidupan dan membina kerjaya masing-masing. Mereka sanggup menyertai pelbagai seminar, kursus dan motivasi walaupun berbayar, semata-mata untuk meningkatkan kemajuan diri dan seterusnya ingin mencapai kejayaan di dalam kehidupan. Namun, kursus untuk menjadi ahli masyarakat yang berjaya jarang sekali dibicarakan. Sekiranya dianjurkan pun tidak ramai yang berasa ianya penting untuk dihadiri. Sedangkan kejayaan menguruskan masyarakat membantu mengukuhkan dakwah Islam.

Sejak kebelakangan ini, banyak isu jenayah yang berlaku di dalam masyarakat. Di dalam Facebook komuniti Bandar Baru Bangi sebagai contoh, kita mendapati kejadian jenayah kerap kali berlaku seperti pecah rumah, kecurian dan rompakan. Ia menuntut peranan yang berkesan dari anggota masyarakat, selain dari pihak berkuasa bagi memastikan jenayah dapat dihapuskan. Semangat tegur menegur, tolarensi, kenal mengenal dan mengambil berat serta bertanggung jawab amat penting dipupuk untuk membina sebuah masyarakat yang harmoni.

 Kita tidak mahu jadi gotong royong hanya menjadi sejarah, kita juga tidak mahu masyarakat lebih suka berkawan dengan binatang lebih dari manusia, kita juga tidak mahu masyarakat yang hanya datang membantu bila ada upah dan juga kita tidak mahu masyarakat yang terlalu materialistik.

Apa yang kita mahu ialah masyarakat yang mempunyai keseimbangan antara tuntutan 



rohani dan jasmani, iaitu yang mencari laba kehidupan ini dalam misi bertemu dengan Allah. Dalam pada itu, hubungan baik dengan Allah tidak akan sempurna, sekiranya hubungan baik dengan masyarakat tidak sempurna. Rasulullah pernah ditanya tentang seorang yang komited dengan solat, puasa dan sedekah, tetapi suka menyakiti jirannya, 
Baginda menjawab, ia tergolong dari ahli neraka.Wallahuaklam.....



GOTONG ROYONG AMBANG RAMADAN 2015






RAMADAN 2015


SALAM RAMADAN DARI AJK MASJID MARZUKIAH BT 4 SAPINTAS
SEMOGA RAMADAN KALI INI LEBIH BAIK ARI RAMADHAN YANG LEPAS.
MARILAH KITA SAMA-SAMA BERUSAHA MENDAPATKAN BERKAT DAN RAHMAT 
BULAN RAMADAN. 

Sunday, 26 October 2014

DAKWAH CARA MODEN


PETUA DAPAT ANAK SOLEH / SOLEHAH


'I WANT TO TOUCH A DOG' : Pandangan Dr. Zaharuddin Abd Rahman PRESIDEN MURSHID


PANDANGAN SAYA TERHADAP ISU PROGRAM 'I WANT TO TOUCH A DOG'
1. Sefaham saya, jika ingin menganjurkan program menjelaskan pendirian Islam tentang anjing, keringanan ketika menyelamatkan anjing, Islam rahmat kepada haiwan termasuk anjing, mengajar masyarakat agar tidak membenci anjing tanpa sebab syarie etc. Program sebegitu adalah BOLEH dibuat dan wajar diterima.
2. Namun jika program menggunakan tema 'i want touch a dog' dan seolah 'majlis menyentuh anjing beramai-ramai tanpa sebab dan keperluan yang jelas' diikuti dengan bergambar, memeluk dan menciumnya dari kalangan orang Islam, maka itu sudah pastinya mencipta PROVOKASI terhadap masyarakat setempat. Walaupun mazhab Maliki mengganggap anjing dan seluruh tubuhnya sebagai tidak najis & tidak haram disentuh, namun pandangan dan pegangan masyarakat setempat perlu diambil kira. Ditambah lagi dengan ijtihad ulama mazhab Syafie yang mengharamkan sentuhan tanpa sebab yang syar'ie. Mazhab Hanbali turut menganggap anjing sebagai najis yang tidak harus menyentuhnya tanpa sebab yang syarie.
3. Pada hemat saya, program itu mempunyai tujuan yang baik namun cara pelaksanaannya tidak tepat dan tidak berhati-hati serta terlalu terbuka tanpa kawalan dan panduan jelas diberikan kepada para pesertanya.
4. Justeru saya TIDAK bersetuju PENGANJURAN seumpama itu, namun saya juga tidak bersetuju kecaman melampau-lampau dan ugutan pelbagai pihak terhadap penganjur dan mereka yang hadir.
5. Bagi saya tidak wajar digelar mereka sebagai gerakan Islam liberal kerana sekiranya mereka meyakini ijtihad mazhab Maliki, maka itu tidak sama sekali boleh dianggap liberal, malah mazhab tersebut adalah salah satu dari ahli sunnah wal jamaah. Jika mereka mengatakan harus memakan daging babi dan anjing, ketika itu barulah mungkin mereka sudah menyimpang dan liberal, kerana terdapat dalil spesifik dan jelas kenajisan dan pengharaman.
6. Bagi saya juga, menuduh penganjur boleh terkeluar aqidah atau menghina Islam juga adalah tuduhan agak keterlaluan, tidak boleh kita sewenang-wenang menggunakan tuduhan berat sedemikian tanpa bukti jelas menunjukkan mereka membenci Islam & ingin menghinanya.
Bagi saya, apa yang berlaku adalah hanya masalah Fiqh dan perbezaannya. Ia tidak sampai melibatkan masalah aqidah kerana pengharaman sentuh anjing dan tubuhnya tidak berdalil qat'ie dan bukan juga sampai ke peringkat ijma' (sepakat seluruh ulama silam) ditambah lagi wujudnya ijtihad berbeza dari mazhab Maliki dan sebahagian mazhab Hanafi, mereka berbeza dari mazhab Syafie dan Hanbali yang mengganggap anjing sebagai najis.
KESIMPULAN
Dalam mengambil sikap dalam isu ini, kebijaksanaan masyarakat dan kematangan menghadapi situasi kepelbagaian pendapat, kefahaman dan perbezaan perlu dipandu dengan lunak dan berhemah.
Penganjur walau niatnya baik mungkin tersalah pendekatan dan tidak teliti dalam peganjuran sehingga memilih tajuk dan provokatif sehingga mungkin dilihat mencabar kefahaman awam tentang anjing. Justeru, elok penganjur memohon maaf sahaja kepada pihak berkuasa dan masyarakat awam yang terusik dengan tindakan kurang bijak mereka.
Para ilmuwan & orang ramai yang mengecam, walaupun berniat baik namun mungkin terlalu emosi sehingga berlebihan dalam melabel, tuduhan dan ancaman.
Para ilmuwan & pihak berkuasa khususnya sepatutnya tidak melenting, menjadi juara dalam melabel dan mengutuk. yang sepatutnya mereka memandu orang ramai untuk tenang menyikapi perbezaan pendapat dalam masyarakat awam. Kerana pandangan selain mazhab Syafie berterusan boleh diikuti oleh masyarakat awam di zaman internet dan globalisasi ini yang mana sumber maklumat yang pelbagai boleh di hujung jari. Maka untuk menempelak terlalu keras terhadap mereka yang terkeluar dari ijtihad mazhab Syafie seolah mereka menjadi liberal atau terkeluar Islam adalah juga tidak berhemah dalam mendidik masyarakat.
Orang ramai pula, dinasihati tidak mengeruhkan suasana dengan membuat ugutan kekerasan terhadap penganjur dan mereka yang menyertai. Cercaan, makian dan kutukan keras hanya membawa kalian kepada potensi menambah dosa-dosa. Nasihat sahaja mereka dengan baik disertai dalil-dalil yang difahami, bukankah itu lebih enak dan harmoni.
Penganjur juga perlu menyedari terlalu banyak keutamaan isu yang jauh lebih baik dianjurkan kempen berbanding isu anjing ini. Sentuhan yang haram seperti sentuhan lelaki wanita bukan mahram, berpelukan, kempen anti zina, makan wang haram dan lebih jauh berleluasa dan berbahaya. Ilmuwan pula lebih digalakkan lebih banyak memberi respon kepada isu-isu yang lebih kronik berbanding isu ini. Atas sebab itu juga saya lewat mengulas isu iini kerana dirasakan ia tidak sebegitu besar namun media dan ulasan awam dan pihak berkuasa yang menjadikannya besar.
Sekian
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
PRESIDEN MURSHID

SALAM MAAL HIJRAH 1436H: ( KELEBIHAN DAN AMALAN HARI ASSYUURAA' )



Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata:  Nabi SAW.  bersabda yang bermaksud;
Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa’ yakni 10 Muharram,  maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat;  dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa’,  maka akan diberikan pahala 10, 000 orang Haji dan Umrah,  dan 10, 000 orang mati syahid;  dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa’,  maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat.  Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa’,  maka seoleh-oleh memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.
Sahabat bertanya;  Ya,  Rasulullah,  Allah telah melebihkan hari Assyuuraa’ dari lain-lain hari.
Jawab Rasulullah:  Benar!.
  • Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa’,
  • dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
  • dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa';
  • dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
  • dan menenggelamkan Fir’aun pada hari Assyuuraa';
  • dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa’
  • dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
  • dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
  • dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
  • dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa’
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ikrimah berkata;
Hari Assyuuraa’ ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam.  Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya.  Maka ia berpuasa syukur;  dan ia pula hari tenggelamnya Fir’aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil.  Maka mereka berpuasa;  kerana itu jika dapat;  engkau berpuasalah pada  hari Assyuuraa’.
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata;
Bahawa siapa yang melapangkan pada keluarganya pada hari Assyuuraa’,  maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu.
Sufyan berkata.  Telah kami cuba,  maka rasakan kebenarannya.
Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a. berkata;
Ketika Nabi SAW. baru hijrah ke Madinah,  mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Assyuuraa';  maka tanya kepada mereka tentang itu.  Jawab mereka;  “Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa a.s.  dari Bani Israil terhadap Fir’aun dan kaumnya.  Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini”.  Maka sabda Nabi SAW.;  “Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu”.  maka Nabi SAW.  menyuruh sahabat supaya berpuasa.
Abul Laits berkata;
Dinamakan  Assyuuraa’ kerana ia jatuh pada sepuluh bulan Muharram.  Ada lain pendapat yang mengatakan hari Assyuuraa’ kerana Allah telah memuliakan pada Nabi-nabi dengan sepuluh kehormatan;
  • 1.  Allah telah menerima taubat Nabi Adam a.s.
  • 2.  Allah menaikkan darjat Nabi Idris a.s.
  • 3.  Hari berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s.
  • 4.  Nabi Ibrahim a.s dilahirkan pada hari Assyuuraa’ dan diangkatkan sebagai kholilulLah juga diselamatkan dari api.
  • 5.  Allah menerima taubat Nabi Daud a.s.
  • 6.  Allah mengangkat Nabi Isa a.s. ke langit
  • 7.  Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s.
  • 8.  Allah menenggelamkan Fir’aun
  • 9.  Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan
  • 10.  Allah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Semua ini terjadi pada hari Assyuuraa’ .  Sebahagian lain berpendapat,  dinamakan hari Assyuuraa’kerana ia kesepuluh dari kemulian-kemulian yang diberikan Allah pada umat ini.
  • 1.  Bulan Rejab.  Allah menjadikannya sebagai kemuliaan nagi umat ini dan melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan umat-umat ini atas lain-lain umat.
  • 2.  Bulan Sya’baan Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Nabi Muhammad SAW. atas semua Nabi.
  • 3.  Bulan Ramadhan Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Allah terhadap semua makhluk.
  • 4.  Lailatul qadr yang terlebih baik dari seribu bulan yang lain.
  • 5.  Hari Iedul Fitri sebagai hari pembalasan(penerimaan upah)
  • 6.  Hari-hari sepuluh (1 hingga 10 Zulhijjah) iaitu hari-hari untuk berzikir kepada Allah.
  • 7.  Hari Arafah yang dosanya dapat menebuskan dosa dua tahun.
  • 8.  Hari Iedul Adha iaitu hari berqurban.
  • 9.  Hari Jumaat yang termulia dari semua hari.
  • 10.Hari Assyuuraa’ yang puasanya dapat menebus satu tahun dosa.
Dan masing-masing waktu yang tersebut itu ada kemuliaan dari Allah diberikan kepada umat ini untuk membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka.