10 akhir
Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan
dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan
malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin Bulan
Ramadhan, Al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara
satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan Hadis
Rasulullah s.a.w di antaranya firman Allah s.w.t.
Tanda
Malam Lailatulqadar
·
Ada yang berkata orang yang menemui malam
Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di
segala cerok yang gelap gelita
·
Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam
dan kata-kata yang lain dari Malaikat
·
Ada juga yang berkata ia melihat segala benda
termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud
·
Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul
Kelebihan Menghayati Malam Lailatul Qadar
Kerana mulianya Lailatul Qadar, Rasulullah s.a.w menganjurkan supaya
umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai
jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan
daripada Abu Hurairah r.a. maksudnya, ”Barangsiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan
sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan
mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu”
Pendapat Ulama – Malam LailatulQadar
Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu
seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari
dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga
Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam
itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama
terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan
puasa.
Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari :
·
Ahad atau Rabu = Lailatulqadar ialah pada hari
yang ke-29
·
Jumaat atau Selasa Lailatulqadar ialah pada hari
yang ke-27
·
Khamis = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25
Ramadan
·
Sabtu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23
·
Isnin = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21
Sebagai kesimpulannnya, yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap
malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu,
Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam
Lailatulqadar. Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada
bulan Ramadan al-Mubarak ini. Wallahualam
No comments:
Post a Comment