ZAKAT
fitrah wajib ditunaikan bagi setiap orang yang dikira masih mempunyai makanan
mencukupi untuk diri dan tanggungannya pada Aidilfitri.
Kefarduan zakat fitrah terhadap setiap Muslim dinyatakan oleh Umar berdasarkan sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sesungguhnya Rasulullah mewajibkan zakat fitrah daripada Muslim, baik hamba atau merdeka, lelaki atau perempuan, iaitu sebanyak segantang kurma atau gandum." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Dalam
hadis lain diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Said al Khudriy
bermaksud: "Ketika Rasulullah masih berada bersama kami, kami mengeluarkan
zakat fitrah untuk setiap anak kecil, orang dewasa, merdeka atau hamba sebanyak
segantang makanan sama ada berupa keju, gandum, kurma atau anggur kering."
Dalam
ibadat lain, pelaksanaan ibadat dilakukan sendiri oleh orang berkenaan.
Sebaliknya, bagi zakat fitrah, ia dijelaskan oleh ketua keluarga bagi pihak
ahli keluarganya.
Ketetapan itu memperlihatkan tanggungjawab ketua keluarga dalam membawa kesejahteraan hidup kepada seluruh ahli keluarga melalui ibadat zakat dilakukan. Ahli keluarga mempunyai kemampuan menjelaskan sendiri zakat fitrah, elok baginya melakukan sendiri. Ia sebagai permulaan melaksanakan tugas yang mungkin ditanggung apabila berkeluarga nanti.

No comments:
Post a Comment